Friday 25 November 2016

Jalan-jalan ke Sabah

Assalamualaikum...

Kali ni kali kedua aku ke Sabah. Dulu datang sorang-sorang jer nak release tension membawa hati yang tengah duka. Sekarang datang dengan suami dan anak. Hehe... Hati aku memang terpikat sungguh dengan Sabah. Tambah-tambah dekat Kundasang. Sejuknyaaaaa... udara nyaman tak tercemar lagi. Best!

First day bertolak dari rumah jam 9 pagi. Flight bertolak dari klia2 jam 11.05 pagi dan sampai ke Airport Kota Kinabalu tepat jam 1.40 ptg. Sesampai jer di airport terus pickup kereta sewa yang kami dah siap-siap booking dari semenanjung lagi. Ownernya Encik Faizul dah menunggu kedatangan kami sekeluarga. Untuk family kecik macam kami ambik kereta Viva manual jer pun cukup. Dari panjat bukit-bukit di Kundasang sampai la membawak ke penghujung Tip of Borneo pun lepas beb!

:: Bertolak dari Bandar Tasik Selatan ke klia 2 naik erl jer::

Kami terus check-in ke Tune Hotel 1Borneo. Biasalah percutian bajet. Hihi... Tune Hotel 1Borneo ni betul-betul kat shopping mall 1Borneo tu. Turun hotel jer terus jalan-jalan cari makan dalam mall. Malamnye jalan-jalan kat dalam mall tu jer cuci mata.

Hari Kedua, pagi-pagi lagi kami bertolak ke Kundasang. Sambil-sambil singgah tempat-tempat tumpuan pelancong di sepanjang perjalanan.

Rumah Terbalik di Tamparuli. Dapat ambik gambar-gambar kat luar rumah jer. Kat dalam tak dibenarkan.




Kemudian terus ke Poring Hot Spring di Ranau. Sewa bilik private berendamlah kami 3 beranak satu family. Sejam RM15 jer.

Dan kemudian semestinya singgah ke Desa Dairy Cattle Farm. Tengok lembu dan beli susu fresh!


::Tidur... taknak tengok lembu::


Malamnya pulak kami menginap di Homestay Kiram's Village, Kpg Mesilao. Dalam 15 minit jer dari Desa Dairy Cattle Farm.





Masa packing baju sebelum datang ke Sabah, suami aku cam pelik lak kenapa aku suruh bawah sekali sweater tebal... hahaha dia tak tau.. kat Kundasang malam-malam fuhhh sejukkkkk!! syok tau! Suhu malam tu mencecah 15 darjah celcius tau! Kaki Gunung Kinabalu lah katekan. Malam tu kami dinner di cafe Kiram's Village. Order Mee Goreng Basah Special. Sedapnyaaa!! Teringat-ingat tambah pulak hot chocolate dia.



Hari Ketiga, pagi-pagi lagi kami dah bangun lepak dekat kerusi depan bilik tengok matahari terbit. Cantiknya...

Lepas breakfast dan check out, suami ajak pergi ke Desa Cattle Farm lagi sekali sebab nak beli susu lagi. Hantu susu betul!

Then kitorang ke Fish Spa Kampung Luanti. Besar-besar ikan die dok cagut kaki orang. Haha geli geli.


Sempat jugak la lepastu singgah kat Sabah Tea Garden beli Teh nak bawak balik. Sebelah jer ngan Kampung Luanti Fish Spa ni.

Kemudian terus bergerak balik ke bandar KK. Sampai hotel salin-salin baju dan terus ke Jetty Jesselton untuk ke Pulau Manukan. Mandi laut pulak kite! Sewa satu bot terus dan mandi manda sampai jam 6 ptg. Hahaha.. Orang lain semua dah balik dah tinggal kitorang jer tak reti-reti nak balik.

::Tidur lagi..::




Malamnya pulak terus dinner di Pasar Malam Philipphine dan shopping ole-ole macam ikan masin, ikan bilis, mutiara dan macam-macam lagi.


::Dapnyaaaaa!!!::

Hari Keempat, kami keluar agak awal untuk ke Tip of Borneo iaitu tempat paling hujung sekali di Sabah. Kalau dalam peta boleh tengok kat atas sekali ada rupa tanduk. Haa kat situlah!

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari KK menuju ke Tanjung Simpang Mengayau. Sepanjang perjalanan ke sana agak membosankan kerana tepi-tepi jalan semua hutan dan kampung-kampung orang. Sangat berbeza dengan perjalanan ke Kundasang kelmarin. Pemandangan ke Kundasang memang best dan cantik dengan bukit bukau dan gunung kinabalu berbanding perjalanan ke Tip of Borneo yang nampak rata dengan cuaca yang agak panas.

Tapi... Bila sampai jer ke tempat yang dituju... Fuhh cantiknya... Memang cantik! Kami habiskan masa disitu mengambil gambar dan lepak-lepak hingga hilang penat. Kemudian teruskan perjalanan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Kudat.

::Panas weiii!::

::Suami sempat turun dan pergi sampai kehujung sana::

::Kami tengok dari atas jer::

::Helena was here!::

Singgah di Honey Bee farm, Kampung Gombizau. Beli madu.





Last sekali singgah di kampung pembuatan gong, Kampung Sumangkap. Setiap rumah ada bengkel buat gong masing-masing.






Kemudian kami bertolak pulang ke bandar KK. Rehat-rehat jap kat bilik dan keluar dinner steambot dengan kawan aku Nurul & husband. Esoknya bertolak pulang kembali ke KL. Sekian sahaja percutian simple kami. hehehe

-Chieda-





No comments: