Thursday 30 July 2015

Masuk Wad Angkara Bisul

Assalamualaikum...

Minggu pertama Ramadhan yang lepas 4 hari 3 malam berkampung kat wad hospital. Baby takde la sakit teruk cuma kelenjar di ketiak baby naik biji macam bisul. Hampir 3 minggu sebelum tu aku perasan ada biji kat ketiak dia cuma bila dibelek belek takde mata macam bisul. Baby pun rileks jer aktif dan tak menangis sakit lansung. Masa bawak dia pergi jab untuk umur 3 bulan 2 minggu lepas aku dah tunjuk kat PAED (pakar kanak-kanak) tu. Dia belek-belek picit-picit baby tak bagi tindak balas macam sakit pun so dia bagi antibiotik je la dan buat follow up lagi seminggu. Kebetulan seminggu lepas tu aku nak bawa baby datang untuk sunat pula.

Seminggu lepas appoinment 1st tu, kami datang untuk sunatkan baby pulak. Lepas sunat dengan bidan, bawak jumpa PAED untuk follow up kes bisul ni. Doc kata biji ni tak ada perubahan pun saiz still sama so dia suggest kat kitorang buat ultrasound untuk pastikan bukan nanah kat dalam tu. Kalau nanah memang merbahaya kat baby. Takut kuman merebak. So buat appoinment pulak hari Isnin untuk buat ultrasound.

On Monday datang la lagi buat ultrasound (banyak kali datang hospital naik cemuih aku.. hahaha). Hasilnya, dalam biji tu nampak kosong jer. Bulat jer kosong. Doc bagi kesimpulan mungkin ada air jer kat dalam tu. Tak merbahayakan baby dan dia akan hilang slow-slow but if biji tu membesar datang terus jumpa Paed. Ok lega la sikit rasa. Aku bajet tak payah dah la datang lagi ke hospital. Phew, tengok bil ultrasound saja dah RM200++ .  Result dia tak ada apa-apa.


Hari Rabu, lepas ambil baby dari rumah pengasuh aku perasan kat ketiak baju dia kuning-kuning. Takkan muntah susu sampai kuning macam tu. Balik rumah terus aku tukarkan baju dia dan belek-belek ketiak. Hmm.. biji tu dah pecah dan keluar nanah. Warna pun dah bertukar merah macam dah kena jangkitan. So kami decide esoknya amik emergency leave halfday bawak baby pergi hospital. Baby pun macam merengek sikit malam tu. Sakit agaknya.

Esoknya hari Khamis pergi hospital balik. Aku bajet kejap je la datang untuk check, amik ubat dan balik. Kami datang melenggang je bawak susu dah bancuh siap sebotol je letak dalam handbeg. Diapers, baju spare, susu fm yang selalu aku usung dalam beg baby tu sengaja tinggal. Hahaha! Lepas Paed check ketiak baby, memang baby kene admitted lah sebab nanah dah keluar. Nak kene buat minor operation untuk cuci nanah tu. Sementara nak tunggu nak masuk wad tu aku macam dah nak melompat dah. Baby pulak berak! dalam hati dok doa jangan la dia lapar mintak susu pulak. Susu spare tadi dah abis dah dia minum dalam kete ondaway datang hospital. Aku pulak gatai pergi pakai dress labuh sebab nak cepat pagi tadi main capai je baju yang tak payah iron. Camano nak bagi nenen. Hahaha.

Lepas masuk wad dan katil terus suh laki balik amik baju and susu baby. Baju dan barang-barang keperluan aku pasrah je la laki amik yang mana. Siap bagi list suh dia amik itu ini takut tertinggal. Rumah kitorang dengan Al Islam Specialist ni boleh tahan gak jauhnye.

Sementara nak tunggu abahnye datang bawak barang keperluan, mintak kat nurse dulu pampers satu sebab baby dah berak. Huhu.. lepas tu letak-lepak atas katil jer berdua. Sempat la dua kali baby menjerit mintak susu. So apalagi, tarik tirai rapat-rapat. Naik atas katil selak kain tutup kaki ngan selimut sumbat nenen. Petang sikit abahnye datang bawak macam-macam beg. Malas nak komen banyak pasrah je la apa yang laki bawak. Pakai je la. Hahahahahaah!


Baby dijadualkan masuk wad bedah kul 10 pagi hari Jumaat. So start jam 4 pagi dah kene puasa. Hmmm baby pun kene puasa. Cian dia... pukul 3.50 pagi aku terjaga so buat susu cepat-cepat dan paksa baby minum kenyang-kenyang. Mata pejam mulut nyonyot susu sampai habis sebotol. Then diorang hantar makanan sahur kat aku.

Jam 7.15 pagi baby dah sedar dari tidur. Agaknya sebab rasa kenyang lagi dia diam jer... Bangun tidur terus senyum-senyum kat aku. Hehe.. nak masuk je jam 7.30 pagi dia dah mula ehek ehek mintak susu.. Alamak!! Anak aku ni kalau lapar dia meraung kuat hooooo... dan yes lepas tu dia start meraung kau! dekat 3 jam aku pujuk dia tak jalan.. jenuh peluk, dukung, tepuk tepuk sampai rasa cam nak meraung sekali. Kesian dengan baby. Kecik-kecik dah kena puasa pulak. Sampai dia cakar muka sendiri sebab lapar sangat. sob sob sob..


Jam 10.30 pagi baru nurse panggil nak bawa ke operation room. Kejap jer pun dalam setengah jam dah siap. Jam 11.15 nurse pnaggil suh amik anak. Dari jauh dah dengar dia meraung. Aikk.. ingat dia tidur lagi sebab kene bius. Dah sedar dah budak ni. Nangis sebab lapar. Aiyooo...

Naik jer ke wad aku terus buat susu penuh satu botol. Selalu bagi 4oz kali ni aku buat 6oz. Tak sempat dah nak selak-selak baju. Tak tahan tengok dia nangis bagi botol lagi cepat. Terus dia minum laju-laju. Alahai anakku! Sambil nangis sambil minum. Habis satu botol tu! Lepas tu diam jap then nangis balik. Trauma kot kene puasa tambah-tambah pulak sakit kat ketiak. Cian dia. Then tepuk-tepuk terus tidur.


Hari Sabtu lepak-lepak je kat wad tak buat apa-apa. Tak dapat balik lagi sebab doc nak bagi nanah tu betul-betul kering. Petang tu baby duduk dengan abah dia kat wad, aku turun ke bazar Ramadhan kat seberang jalan. Meriah sungguh bazar kat Kampung Baru ni. Macam-macam ada. Seronoknya!

Hari ahad petang lepas doc check baru lah dapat balik.


Seronok tido kat hospital. Hahahaahaha! 
Terima kasih Doc & Nurse di Hospital Pakar Al-Islam Kpg Baru atas layanan yang mesra dan baik kami berdua.

-chieda