Thursday 28 May 2015

Pre-Honeymoon : Grand Lexis, Port Dickson

Assalamualaikum...

Hai sempena nak sambut anniversary yang pertama beberapa hari lagi aku nak update story pasal honeymoon. Eheheh.. padahal dah berabuk duduk dalam draf hampir setahun dah! Phuii..

Majlis sebelah aku 1 Jun 2014, manakala sebelah husband 14 June 2014 so ada dua minggu gap. 7 Jun tu husband ajak jalan-jalan ke Port Dickson. Ala-ala pre honeymoon la sebelum ke Bali. Ecece...

Kitorang menginap di Grand Lexis, Port Dickson. Uweee.. tak pernah aku duduk kat hotel sebesar tu. Perghh.. sesekali je seumur hidup. Katil king size ada dua, ada pool besar dalam bilik, ada dapur, microwave sume siap... tapi duduk satu malam je. Tak puas!

Aku jakun sikit ah.. bayangkan ko check in pastu naik lif, masuk bilik tetibe waaa ada pool. Huahuahua.. bese le orang kampung... nak mandi bogel pun takde orang nampak. Kahkahkah!

 Tepek gambar skit ah.

:: katil guna satu jer.. satu lagi buat sidai tuala. Kuikuikui::
 
::pool dalam bilik::

:: view dekat beranda bilik. Bilik-bilik kat atas air tu pun ada private pool jugak::
:: boleh terjun dari atas katil u olls!::


::kaki den::
Banyak habiskan masa kat bilik jer sebab bilik dah best. Bile lapar baru la keluar pegi cari makan. Balik bilik terjun pool balik. Kehkehkeh.. sampai pukul 3 pagi pun terjun pool lagi main air sejuk sejuk. Giler!

Husband beli voucher Grand Lexis ni kat group on. Kadang-kadang je diorang buat promo so dapat la harga murah sikit. So next time kalo nak merasa duduk hotel bercuti kat hotel mahal tapi harga yang kita mampu bayar. Usha-usha la kat group on okeh!

Bye!

2 comments:

Unknown said...

salam alaik,,
maaf nak tanya
nak usha group on tu mcm mane??
kwn x tau, harap sudi membantu
:)

Cida said...

maaf lama sy x bukak blog. just masuk jer groupon website ni... kalau grand lexis tgh buat promo diskaun, dia akan ada la kat situ. senang je. http://getaways.groupon.my
kalau masuk sekarang ni (16 dec) tgh ada promo diskaun 75%.