Friday 6 September 2013

Sehari di Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum...

Actually aku dah dua tiga kali datang ke Bukit Tinggi Pahang ni. Cuma tak pernah mengupdate pasal tempat ni. Hanya sejam perjalanan dari KL tempat ni sesuai untuk yang tengah berchenta-chenta dan suka amek gambar sebab pemandangan disini memang cantik!

Last May aku pergi cuaca sangat panas. Nama jer kat atas bukit tapi tak sesejuk macam kat Cameron or Genting la. Cuma pada hari tu berangin sikit. Bayaran masuk ke Bukit Tinggi ni RM12.00 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Tiket ni boleh access ke Colmar Tropicale, Japanese Village dan Botanical Garden.


Colmar Tropicale
Selalunya tiap-tiap kali kitorang datang ke sini tempat pertama yang dituju adalah Colmar Tropicale. Bangunan disini dibina dengan reka bentuk bangunan lama Perancis. Memang colorful dan cantik. Bangunan-bangunan tu terdiri dari bangunan hotel dan restoren. Terdapat juga kedai-kedai cenderamata khas untuk pengunjung membeli belah. Ahaaa... tapi bab makan kat sini memang mahal. boleh terjojol bijik mata bila nak membayarnye. Air tin setin pun dah RM6. Baik bawak bekalan dari rumah siap-siap tak pun makan kenyang-kenyang sebelum datang.


Banyak habiskan masa melepak kat tower dan main dengan swan kat kolam jer.. hahaha! 

Japanese Village
Tempat kedua yang harus pergi adalah Japanese Village. Fuhhh.. nak datang ke sini kene daki bukit sikit. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan pakai kasut flat lah yer. Semput aku.. dulu kurus lek jer daki. sekarang gemok.




Kat Japanese Village ni ada rumah tradisional jepun. Kalau di Colmar Tropical ala-ala berada di Perancis kat sini pulak perasaan nye macam kat perkampungan Jepun. Di sini pulak kita boleh join Japanese tea ceremony tapi ada time-time tertentu je la. Boleh sewa kimono kat sini. Ada jugak spa dan chalet kalo nak bermalam. Suasana kat Japanese village ni agak sejuk berbanding Colmar. Sunyi dan tenang jer macam kat dalam hutan. Syokkk! 

Botanical Garden
Botanical Garden ni ada kat sebelah Japanese Village jer. Keluar jer dari Japanese Village jalan sikit jumpa la Gardennya. Sebelum tu ada kedai jual aiskrim dan gerai jual Tako Tao. Boleh singgah kejap kalo lapar. Hehe!



Bila dah puas menghabiskan masa di tiga-tiga tempat ni kami pun keluar ke Animal Park. Ada arnab besar-besar, rusa, keldai dan lain-lain lagi lah. Malas pulak aku nak snap gambar haiwan sebab tangan kotor main dengan arnab.

Ok lah itu saje. Sekian.


No comments: