Friday 26 February 2016

Beli Rumah

Assalamualaikum...

Hai. Lama ai tak update kan. Laptop rosak. Kat office busy balik rumah pun busy dengan anak. Anak dara sorang tu pun dah nak masuk umur setahun. Alhamdulillah!

Cerita pasal beli rumah ni start masa awal-awal kahwin dulu pertengahan tahun 2014. Satu hari tu kitorang sesaja jenjalan ke Mydin Subang ternampak satu booth ni tengah promote rumah. Sembang-sembang ngan brader promoter tu. Tengok-tengok pastu amik pamplet dan terus blah. Minat 50-50 jer la masa tu. Tak terniat lagi nak beli rumah sebab duit baru habis banyak lepas kenduri. Kuikuikui Lepas balik rumah terlupa terus pasal rumah tu.

2-3 minggu lepas tu pergi lagi Mydin, nampak brader promoter rumah tu (nama dia Umar) ada lagi kat situ. Pergi tengok-tengok lagi sampai puas hati. Discuss ngan husband kat situ jugak dan sama-sama sepakat nak booking. Bayar duit booking dalam RM500 dan isi form kat situ, Bile dah balik rumah kitorang fikir lagi... betul ker nak beli rumah ni. Hahaha

Tak lama lepas tu aku pun pregnant. Sepanjang pregnant tu asik pegi bank jer print akaun statement yang Umar minta. Banyak kali woo... hahaha... Lepastu pergi office lawyer then pergi Majlis Perbandaran Klang pulak. Lepas tu tunggu lagi sampai lah aku bersalinkan Helena, Umar dan sorang pegawai bank (Habib namanya) terpaksa datang ke rumah mertua aku sebab aku tengah dalam pantang tak boleh keluar nak sign document2 penting. Banyak betul nak kene sign. Then menunggu ajer lah kitorang ni sampai rumah siap. Kadang-kadang bank call kata nak kene bayar itu bayar ini. 

Setelah menunggu hampir beberapa bulan, husband tetibe ajak pergi tengok rumah kitorang tu. Aku sendiri pun tak pernah pergi tengok lagi. Jauh gak ooo nak sampai. Hmmm camana lah nak ulang-alik pergi office nanti. Nanti lah fikir!

Sesampai je kat destinasi... wahhh dah hampir siap! kitorang agak-agak jer rumah kitorang yang mana satu main masuk jer pagar depan. Then ada satu pekerja Indonesia kat situ nampak kitorang dia tanya "Mau tengok-tengok di dalam ka bapak? saya bukak kuncinya" (lebih kurang la tu). Kitorang pun dapat la masuk dalam. Hihi!

:: Porch depan rumah.. luas nya! nanti nak letak tiles, nak pasang beranda kayu, nak tanam pokok, nak buat pagar batu... (berangan wink! wink!) ::

:: Takde pokok nampak cam panas jer..::

::Ruang dapur tak berapa luas. Hasrat hati nak buat jadi dapur kering & sambung belakang jadikan dapur basah::

::Tangga ke tingkat atas::

::Master bedroom kat atas::

::Kat ruang kosong belah kanan ni nanti nak buat loft::


::Nampak umah jiran le pulak! Hmmm::

::Pandangan dr dining room::

::Ruang tamu::

::Dining room::
Dah siap dah pun tinggal nak ambik kunci jer kot sebenarnya. Tapi ntah la takde orang call pun lagi. Ker kita yang nak kene call? Huhuhu Tasabar nak pindah! Huuuuu...

K bai!