Saturday 31 May 2014

Wedding Preparation List

#edited 15 October 2014. Tambah no contact vendor... silakan..

My Wedding Preparation List

EVENT DETAILS
1. Date/Time:
    Nikah : 31 May 2014
    Resepsi : 1 June 2014
    Bertandang : 14 June 2014

2. Venue :
    Nikah : Bride's Residence, Taiping
    Resepsi : Bride's Residence, Taiping
    Bertandang : Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya

3. Color Theme & Concept :
    Nikah : Yellow + Pink
    Resepsi : Purple + Pink
    Bertandang : Blue + Purple + White

4. Guest Count :
    Nikah : Family members around 150 (+-) pax
    Resepsi : 800 pax
    Bertandang : 1000 pax

7 - 6 BULAN SEBELUM ( Nov - Dec 2013)
1. Tentukan lokasi majlis dan tempah jika perlu : Done!
    Cida : Bride's Residence, Taiping
    Ben : Dewan Melawati, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya

2. Tempah make-up artist/ juruandam
     Nikah : Sazlees Bridal Gallery, Changkat Jering, Taiping 05-8553141
     Resepsi : Sazlees Bridal Gallery, Changkat Jering, Taiping
     Bertandang : Amy Ameera, Kajang 019-6351535 (makeup dia cantik!)

3. Mencari rumah baru, sama ada sewa atau beli : Beli. Sementara nak siap duduk rumah sewa sekarang.

4. Daftar kursus pra perkahwinan : Done!

5. Tentukan tema warna / konsep majlis : Pelamin, bilik tidur, scallop khemah - Purple, white, pink

6. Wedding outfit
    Nikah : Baju Kurung Moden Kuning
    Resepsi : Dress Putih + Purple
    Bertandang : Songket Purple Gelap - sewa je

7. Semak jumlah wang hantaran, separuh bayaran bulan Januari : Done!

5 - 4 BULAN SEBELUM (Jan - Feb 2014)
1. Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan tarikh yang ditetapkan : Done! 14 & 15 Dec 2013

2. Menempah Photographer : Done!
    Nikah + Resepsi (+outdoor) : Thissign Production  (not recommended, me dh 4+ months preggy gambar still x dapat2 lg)
    Bertandang : Thissign Production

3. Menempah Videographer : Done!
    Nikah + Resepsi : Hayei Adib Wedding Event Videography (sangat bagus! gambar cantik dan siap cepat)
    Bertandang : Tunang saya tak mau.

4. Membeli rantai tangan untuk upacara membatalkan air sembahyang : Done! - Habib Jewel

5. Tempah Caterer & pilih menu :
     Nikah : Catering Larut Tin (satu kepala RM5.50 - RM6) 05-8474804/0125695236/0125794476 
     Resepsi : Larut Tin
     Bertandang : Tabung Haji Catering (sekali dengan tempahan dewan)

6. Sediakan list tetamu jemputan

7. Tempah pelamin dan deko rumah/dewan : Done!
     Nikah (bantal nikah) : DeRest2 Bridal, Cht Jering, Taiping 019-5000544 (Kak Sabrina)
     Resepsi : DeRes2 Bridal, Cht Jering, Taiping
     Bertandang : TepakSireh Bridal, Kelana Jaya 

8. Tempah Khemah : Azudin Taman Kuning Sari 012-4366857

9. Tempah DJ : Done!
     Resepsi : Abg Long DJ, Cht Jering, 012-2606453
     Bertandang : My PA System Rental Services

10. Pilih lagu untuk resepsi, bertandang & video kahwin : -
      i. All of me - John Legend
      ii. Aku dan dirimu - Ari lasso & Bunga Citra Lestari
      iii. Today was a fairy tale - Taylor Swift
      iV. Selimut Hati - Dewa 19

11. Tempah hadrah / kompang
      Resepsi : Hadrah Kpg Senduk, Taiping - PakLong settle
      Bertandang : xde. 

12. Tempah Silat : Taknak la..

13. Honeymoon : Done!
      Date : 16 - 20 June 2014
      Location : Bali, Indonesia
      Tickets : Air Asia
      Accomodation : Bali Island Villa, Seminyak

14. Baju Family :
      Nikah : Suka hati la nak pakai warna apa pun
      Resepsi : Purple
      Bertandang : Turqoise / blue

15. Baju bridesmaid / bestman :
      Resepsi : Purple
      Bertandang : Grey

16. Beli bunga pahar : Yen Riben, Semua House

17. Beli bunga manggar

18. Tempah kek kahwin
      Resepsi : Kedai kek Prima Taiping (tempah seminggu sebelum)
      Bertandang : Kak Tengku Ariza (fb) 010-2265495

19. Beli / Tempah doorgift : Dah beli
     Malam nikah : Paperbag + Buku doa + bunga telur + Choc Telur
     Resepsi :  
     i. Sejadah kecil (60paxVIP) + Bunga telur (60pax VIP) + Choc Telur (100 biji VIP)
     ii. Makanan Ringan + saputangan + paperbox (free fom kadkahwin) + pulut kacau + kuih bahulu

     iii. Kids : Lollipop sponsored by Kak

20. Sediakan aturcara majlis

21. Sediakan pembahagian tugas

22. Tempah Tok Kadi untuk majlis pernikahan - pengantin perempuan 

23. Facial and body treatment : End of March

3 BULAN SEBELUM (March 2014)
1. Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin : Done!

2. Tempah banner / bunting - freegift dari Kad kahwinku

3. Tempah signage - freegift dari kad kahwinku

4. Tempah button badge untuk family : Dapat free 10 pcs jer. Balance tempah kat http://feverprint.blogspot.com/ 

5. Mengesahkan tempahan didewan (kerusi,meja,menu dll) - Pihak lelaki

6. Buat HIV Test - done!

7. Sediakan dan hantar legal documents : dah hantar kat Tok kadi. yeay!
    Salinan IC - Bakal pengantin lelaki, perempuan, wali (abang)
    Salinan Sijil mati wali (Jika wali sudah meninggal) 
    Salinan Sijil pra-perkahwinan
    Surat Perakuan Bujang dari majikan
    Result HIV Test
    Borang kebenaran nikah

Bagi pengantin lelaki
1. Maklumkan kepada saudara mara tentang hari pernikahan anda.

2. Mengenalpasti beberapa orang saudara mara yang akan menyertai rombongan.

Bagi pengantin perempuan
1. Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda : mak dah tanyakan.

2. Bagi wanita kematian bapa, sila pastikan wali anda : Abang

3. Buat i/c baru : done

4. Beli langsir baru : Siap!

2 - 1 BULAN SEBELUM ( April - May 2014)
1. Membeli barang-barang hantaran
 i. Hari akad nikah
       Mas Kahwin : RMxxxx.xx
       Rantai Tangan
       Sirih Junjung

 ii. Hantaran
    Cida to Ben (purple+pink + white)
      1. Jam Tissot
      2. Kemeja + Cufflink
      3. Wallet & Belt
      4. Perfume
      5. Kasut
      6. Body shop
      7. Books
      8. Choc Godiva
      9. Cincin Kahwin

  Ben to Cida (Blue + white)
      1. Jam Tissot
      2. Samsung Note 8
      3. Handbag & purse Coach
      4. Kasut
      5. Perfume
      6. Body Shop
      7. Choc Patchi

2. Tentukan pengapit anda : Huda

3. Hantarkan kad jemputan : Tengah tulis nama

4. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam/Pejabat Agama Islam daerah untuk proses mendaftarkan pernikahan.

5. Beli sexy lingerie : eheheh dah!

3 MINGGU SEBELUM (10 May 2014)
1. Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil jika berpuas hati: Done!
    Nikah
    Resepsi
    Bertandang

2. Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda ketika majlis berlansung.

3. Sediakan guestbook corner : Majlis KJ jer.. belah aku xyah la..

4. Pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan nanti. : shawl buat sendiri jer.

5. Invite melalui facebook.

2 MINGGU SEBELUM (17 May 2014)
1. Normal facial ( tak sempat dahhh)

2. Dental treatment : Dr Marcus Lew Taman Desa : tampal gigi

3-1 HARI SEBELUM (28, 29 & 30 May 2014)
1. Pasang pelamin

2. Pasang khemah : Kenduri hr ahad, hari selasa dah mai pasang! hehehe Bagus kawan aku ni.

3. Membuat deko hantaran & bunga tangan : My sis in law dah siapkan! weee

4. Sediakan seterika, cermin, jarum dan benang bg memudahkan jika berlaku kecemasan.

5. Jika perlu ingatkan tetamu tentang majlis anda melalui telefon dan facebook.

6. Hubungi Photographer, Videographer, hadrah, DJ, Catering dll.

7. Packing barang-barang yg perlu dibawa ke majlis.

8. Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.

9. Tidur awal.

10. Pakai Henna : Indian Bridal Taiping (30 May)

11. Kenalpasti siapa yang akan ditugaskan menyambut rombongan pihak pengantin.

PADA HARI PERKAHWINAN ( 31 May, 1 & 14 June 2014)
1. Ambil sarapan seawal 7 pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.

2. Bertenang dan sentiasa tersenyum.

3. Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam sebelum pengantin lelaki tiba.

3 HARI SELEPAS PERKAHWINAN
1. Melawat keluarga dan sanak saudara.


Tuesday 27 May 2014

D.I.Y Project: Bunga Telur dari Crepe Paper

Assalamualaikum..
Untuk menjimatkan kos aku try buat sendiri bunga telur ni. Buat dari crepe paper. Beli crepe paper 10 keping (1 pack) kat Kedai Bunga Reben Jalan Tar baru RM6. Jimat la jugak. Ikut rajin tak rajin je nak buat ni. Buat sikit jer untuk malam nikah dan rombongan jer. Bunga pahar pelamin beli yang dah siap.

::Bahan-bahan::
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Crepe Paper (aku guna 2 colour ikut tema majlis aku Purple + Pink)
2. Reben (Potong agak-agak 8 inci, buat reben dan ikat dawai kat tengah-tengah)
3. Kain Net/Sarung telur
4. White tape
5. Dawai
6. Lidi satay
7. Gunting dan pisau



First aku bentangkan crepe paper ni. Then lipat dua, lipat lagi sekali dan lipat lagi.. hehe... Dapatkan 8 bahagian kemudian potong la dengan pisau. Lepas tu susun crepe paper ni lagi dan lipat jadikan 3 bahagian. Potong sekali lagi. So sekarang dah dapat 24 keping crepe paper bersaiz segiempat sama macam gambar kat atas ni.



Then aku ambil 7 keping selang seli antara crepe paper pink dan purple. Susun-susun dan lipatkan macam bentuk kipas.

Lepastu kat tengah-tengah ikat kan dawai. Letakkan mende hiasan tu kalo nak.

Potong bucu tepi-tepi tu sikit.


Perlahan lahan tarik kelopak satu demi satu agar tidak koyak.

::reben untuk bunga telur::
Letak bunga crepe tadi kat hujung lidi dan lilit dengan white tape. Letak riben-riben yang dah diikat dengan dawai dan lilit lagi. Lepastu letak kain net. Lilit lilit lilit lilitttttt... siapppp... hehehheheeheh.

::Bunga telur yang dah siap::

tada... dah siap satu pahar...