Thursday 20 March 2014

My Custom-made Shawls for Bridesmaids

Assalamualaikum...
Saja nak update cerita bulan lepas. My bff's wedding kat kampung pada cuti raya cina yang lepas. Aku dan kawan-kawan berpakat pakai baju sama dan shawls yang sama pada majlis bff kitorang tu. So aku dengan baik hatinya sponsor halfmoon shawls untuk kawan-kawan aku. hikhik...

Aku jahit shawls ni kejap jer. Awal bulan Jan tu Jakel buat jualan murah so aku apelagi amik lah peluang beli kain chiffon. Pepaham jelah harga Jakel camana kan.. mahal tapi mutu kualiti kain diorang bagus. Itu yang aku suka. So aku beli la 2 helai kain. Pink 2 tones dan pink belacan. Pink belacan tu untuk kawan aku yang jadi pengapit. Potong-potong kain lepas tu pergi jahit tepi. Then jahit lace, manik dan roses. Tiap-tiap malam lepas balik keje terus menjahit.

Tadaaaa... siap dalam masa seminggu.   

::3 helai halfmoon shawls::

::Us::
::With the bride & groom::
Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Wanie & suami. Semoga kekal ke anak cucu. Lepas ni turn aku pulak. Hewhewhew.. Tak menyabo dah ni! gatai.


P/s: Aku juga kadang-kadang amik upah jahit shawls ni. Tapi sekarang ni tak amik lah kot sebab busy siapkan baju kahwin sendiri. Hihihi... If anyone interested email me lepas bulan Jun 2014 nanti. Masa tu dah free sikit kot. In sha Allah.


Wednesday 19 March 2014

Wedding Preparation: Solemnization Outfit

Assalamualaikum...

Wah.. lama betul tak update. Super duper busy sekarang ni. Kat office busy balik rumah pun busy. So sekarang ni dah jam 6.00 petang curi masa sikit update blog yang dah tinggal lama ni. Tak terkejar rasanya banyak sangat benda nak handle. Sobs Sobs...

Majlis tinggal 2 bulan je lagi. Booking semua dah settle cuma tinggal nak uruskan borang kebenaran bernikah dan menjahit beads pada baju. 

Kedua-dua baju nikah dan sanding untuk majlis sebelah Taiping aku tempah dan beadingnya buat sendiri. Jimat sikit. Takde la kreatif sangat tapi boleh la jahit sikit-sikit coz aku sendiri cerewet sangat kan. Tak nak bunga penuh kat baju la macam badut la ape la.. so jahit la sendiri sampai puas hati.

Baju nikah aku baru je siap dimanikkan. Aku jahit sikit-sikit. Lepas balik kerja dan time weekends kalo tak keluar dating menjahit la aku kat rumah. Tema baju nikah asalnya yellow with white pearl. Lepas amik dari tukang jahit aku saje-saje letak je kudup-kudup bunga rose pink tu. Sekali tengok menariklah pulak kan. So aku jahit lah bunga rose pink sekali haaa... Jadi tema bertukar jadi yellow with pink roses. Mueheheheh.. Sukati aku la sebab aku jahit sendiri kann... huhuhu...

::Time ni baru test-test letak bunga rose tu. Sambnil mencari ilham dan idea.::

::Tadaa.. ini yang dah siap dimanikkan.::

::Close up::
::Ni veil untuk baju Nikah dan sanding. Belum siap. baru je jahit lace.::
Baju nikah dah pun siap so sekarang fokus nak siapkan veil, shawls dan baju sanding pulak. Lepas tu nak jahit lace kat baju kakak pulak. Lepas tu nak buat bunga telur pulak. Banyaknye kerja... hukhuk...
Oklah nak keluar date dengan encik tunang. Bye! Assalamualaikum.