Friday 6 January 2012

Azam Tahun Baru Aku ialah Mengambil Lesen Kereta!

::Nanti aku nak beli kete ni! Lagi best! wo o ooww::

Phewww! Sedih betul... Umur dah masuk 26 tahun pun takde lesen kereta lagi. Agak-agaknye bile la aku boleh bawak kereta. Nak beli kereta lesen takde. Nak bawak pun tak reti. Tengok keadaan lalulintas yang sesak kat KL ni lagi aku gerun nak bawak. Nak pergi kemana-mana asyik mengharap kat encek bf jer... Bile la aku boleh drive sendiri yek? Haihh...

Aku bukan sengaja taknak amik lesen, sekarang ni aku busy sesangat la. Takde masa. Weekends ada jer planning nak buat itu ini weekdays dah tentu-tentu la kerja balik lewat. Dulu zaman belajar aku dah pernah pergi sekolah memandu dah. Sempat amik test JPJ. Lulus test jalanraya tapi kantoi test parking. Hehehehe.. Masa tu still belajar kat UiTM Perak. Aku tak sempat nak mengulang test parking tu sebab nak kena balik ke kampus untuk exam. Asyik tangguh jer test terus aku tak buat-buat dah sampailah 5 tahun kemudian iaitu hari ini! Wakakakka! Haaa Sekarang dah menyesal pulak.

So, azam tahun ini aku nak dapatkan lesen memandu. Harap-harap sebelum 31 December 2012 sampai ke jam 23.59 aku dah memiliki lesen memandu la hendaknye. Lesen motor aku dah tamat tempoh tak renew-renew lagi ni.

Ehh.. btw ini first entry tahun 2012. Yeayyy.. bertambah lagi usia. Happy New Year semua!

P/s: Birthday aku 20 January ni. Kirim ler hadiah. hehe.. hehe.. hehehehhe.. (muke tak malu mintak hadiah!)

2 comments:

Sofea said...

happy new year.. kena repeat amik lesen memandu la ni.. good luck

Khairul D'Arena said...

hehehe..ak sendiri pon takda lesen kete ngan lesen motor lagi ni....pakat redah je rodblok ngah jalan..kalau nasib baik..lepas..kalau tak...kena sain la surat cinta kerajaan...hahahaha....