Friday 27 January 2012

Happy 26th Birthday!

Ok Ok.. lama tak menulis cerita baru. Bukan ape asal aku nak taip jer datang kerja baru, asal nak bukak jer blog kat rumah broadband slow. Kalo balik kampung pulak memang susah la nak dapat line. Hewhewhew.. last last aku malas la nak post ape-ape. Fed up ngan internet.

Baidewei 20 haribulan lepas birthday aku yang ke 26 tahun.. 26 youuuu... mude lagik.. ahaks... takde pape yang menarik pun. Sambut sorang-sorang kat rumah. Beli kek resepi rahsia one slice makan sorang-sorang. Ouh sedihnya! Bf pun tak bagi ape-ape.. T_T Lagipun hari tu kitorang nak balik kampung. So masing-masing busy la kemas barang semua dan tak keluar celebrate pun. Hmmm.

Lagi 2 minggu aku nak pergi berjalan jauh. Melancong. Nak merasa angin kat negara orang yang sejuk tu. Di penghujung musim sejuk camni ada lagi ke salji eh? Harap-harap ada lagi snow. Amik snow tu letak sirap, air gula ngan jagung jadi la ABC! Hahah! Okey.. dah merapu.. Hmmm... Ape lagi ek? Persiapan nak pergi dah lengkap kot. Winter jacket dapat dah, visa, semua lengkap dah. Cuti pulak belum apply. Ouchhh Suntikan vaksin H1N1 belum amik... mampuih abang aku bising nanti. Errr...

Sudah la.. Aku still lagi dalam mood merajuk ni. Takde sape kasi hadiah birthday tahun ni. T_T... Nak merajuk sampai aku rasa taknak merajuk dah. Ok lah Babai!

::Bakal kesini::
::kesini juge::

::dan kesini juge...::
Babai Malaysia!


Friday 6 January 2012

Azam Tahun Baru Aku ialah Mengambil Lesen Kereta!

::Nanti aku nak beli kete ni! Lagi best! wo o ooww::

Phewww! Sedih betul... Umur dah masuk 26 tahun pun takde lesen kereta lagi. Agak-agaknye bile la aku boleh bawak kereta. Nak beli kereta lesen takde. Nak bawak pun tak reti. Tengok keadaan lalulintas yang sesak kat KL ni lagi aku gerun nak bawak. Nak pergi kemana-mana asyik mengharap kat encek bf jer... Bile la aku boleh drive sendiri yek? Haihh...

Aku bukan sengaja taknak amik lesen, sekarang ni aku busy sesangat la. Takde masa. Weekends ada jer planning nak buat itu ini weekdays dah tentu-tentu la kerja balik lewat. Dulu zaman belajar aku dah pernah pergi sekolah memandu dah. Sempat amik test JPJ. Lulus test jalanraya tapi kantoi test parking. Hehehehe.. Masa tu still belajar kat UiTM Perak. Aku tak sempat nak mengulang test parking tu sebab nak kena balik ke kampus untuk exam. Asyik tangguh jer test terus aku tak buat-buat dah sampailah 5 tahun kemudian iaitu hari ini! Wakakakka! Haaa Sekarang dah menyesal pulak.

So, azam tahun ini aku nak dapatkan lesen memandu. Harap-harap sebelum 31 December 2012 sampai ke jam 23.59 aku dah memiliki lesen memandu la hendaknye. Lesen motor aku dah tamat tempoh tak renew-renew lagi ni.

Ehh.. btw ini first entry tahun 2012. Yeayyy.. bertambah lagi usia. Happy New Year semua!

P/s: Birthday aku 20 January ni. Kirim ler hadiah. hehe.. hehe.. hehehehhe.. (muke tak malu mintak hadiah!)