Friday 26 August 2011

Ramadhan Terakhir...

Chewaahh tajuk macam drama malam tadi la.... (Aku tak sempat tengok final episod semalam sebab tertido lepas berbuke haihh!)


Sedar tak sedar hari nih dah 26 Ramadhan. Tinggal lebih kurang empat hari jer lagi kita nak sambut Syawal. Huhuhu... Tak tahula kenapa hari ni rasa panjang sangat masa. Selalu tiap-tiap hari rasa sekejap jer. Hehehehe... hari ni last kerja. Esok dah nak bertolak balik kampung. Bestnyerrrrr!!! Tak sabar nak pergi sembahyang raya. Tak sabar nak melahap lemang, ketupat dan rendang mak aku. Bestnyer...

Isnin dan Jumaat minggu depan office aku tutup. Semua bercuti. Raya tahun ni memang aku tak payah apply cuti lansung sebab company dah bagi cuti free dua hari. kami dipaksa cuti. Hehehehe...

::Bangunan opis terchenta yang akan senyap sunyi dan dipenuhi hantu hahahah::

Tahun ni jugak aku dah merasa duit sendiri. First time dapat bagi duit raya pada mak dan abah dan anak-anak buah. Terasa macam dah tua pulak. T_T

Ucapan buat mak dan abah kat kampung (Macam la parents aku pandai main internet :p) 
"Adik balik esok ngan Cik Mat Apit! Esok lak birthday abah, Happy Birthday in advanced abah!!! Lebiuuu"
 
Buat kawan-kawan aku kat kampung,
"weiii aku balik esok! Nanti kita pi sopink sama-sama taw! Raya nanti kita pi beraya umah kengkawan len sama-sama gak tau macam besa la sebab aku mana da transport!"

Buat kawan-kawan yang mengenali aku, yang tak berapa nak kenal pun termasuk la sekali...
"Selamat Hari Raya!!! Maaf kalau ada salah dan silap. Balik kampung hati-hati jangan drive laju-laju. Jangan main mercun nanti putus jari padan muka hang."

Okeh tu jer... Aku  nak kena setelkan keje-keje ni sebelum balik beraya. Dah sampai kampung nanti jangan harap la nak fikir pasal keje kt office nih.

No comments: