Friday 12 August 2011

Abah...

Aku kat kampung sekarang ni. Alhamdulillah abah aku dah keluar dari hospital. Dah nampak sihat sikit dah. Lega rasanya tengok abah dah berselera nak makan dan dah boleh tidur. Tapi kaki abah still bengkak lagi tak surut-surut kene jalan pakai topang. Huhuhu...


Umur abah dah menginjak ke 69 tahun. Aku pulak anak bongsu. Memang agak terasa lah hati ni bila tengok abah sakit teruk macam ni. Sejak dari kecik sampai la umur aku 18 tahun aku tak pernah berenggang dengan abah. Aku memang rapat dengan abah. Sepanjang aku membesar kebanyakan masa aku dihabiskan dengan abah. Masa aku kecik mak kerja kilang. Kerja ikut shift manakala abah kontraktor dan berkebun kat rumah jer. Memang abah sentiasa ada je la kat rumah. Pergi sekolah balik sekolah abah hantar dan ambil sampai aku tamat SPM. :)

Masa aku membesar aku tengok abah sentiasa sihat, tegap dan rajin sangat berkebun. Bila dah jatuh sakit macam ni berat susut abah kurus jer, berjalan dalam rumah sikit dah penat. Nafas tercungap-cungap. Makan pun tak lalu. Doktor cakap paru-paru dan jantung abah lemah. Darah pulak kadang-kadang pekat kadang-kadang cair. Haihhhhh... macam-macam penyakit dah mula datang. Kami adik beradik semuanya dah tinggal dan bekerja kat KL Tinggal lah abah ngan mak berdua jer kat kampung. Makin la aku risau. :(


Harap-harap abah cepat sembuh macam biasa. Semoga dipanjangkan umur dan dapatlah aku balas jasa-jasa abah dan mak sepanjang membesarkan aku. Dapat mewalikan penikahan aku lagi tiga tahun. Huhuhu...


Sayangggggggg abah!


::Ohh ini bukan pic abah dan aku. Hehe.. ni Edward Cullen dengan anak die Reneesme Cullen::

No comments: