Thursday 2 June 2011

Perhimpunan Hari Belia Negara...

Haaa... korang pegi tak?

Bermula dari hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ada beratus-ratus aktiviti yang dianjurkan. Aku ngan bf sempat la singgah jap dalam sejam lebih kat Putrajaya tu. Meriah betul. Ramai betul orang sampai nak cari parking pun susah. 


Actually aku tak terfikir pun nak pergi Putrajaya ahad lepas. Kebetulan jer bf aku ajak temankan dia pergi Seri Kembangan jap. Alang-alang dah dekat pergi jelah tengok-tengok sat.




Sampai-sampai jer dah dekat pukul 6 petang. Sempat la snap gambar sepam dua dengan kete kebal. 




::Ok serius.. aku ngaku aku dah tak kurus sangat dah. Berat aku dah naik wohh.. nak kena tukar dah ayat kat header atas nu.::
Then pergi makan kat stall berdekatan Jom Heboh TV3. Aku order bihun sup bf aku lak order nasi ayam. Pehhh.. sup dia cair macam air semata-mata jer. Potong betulla. Dah la mahal semangkuk kecik bihun sup tu sampai RM5 tapi tak sedap lansung. Chehhh!!! Meniaga tak ikhlas! Huh... Mahal sangat ker sewa tapak tu sampai garam pun tak mampu nak beli.


Bf aku lak sibuk-sibuk nak cari venue pertandingan apa tah yang macam Japanese warrior tu aku pun tak tau. Last-last tak jumpe pun. Bukannya semua ada kat Presint 2 je kan. Maybe kat presint 4 kot. Ntah la. Nampak macam best jer kan. Agak rugi lak aku rasa sebab pergi lambat. Harap-harap tahun depan ada buat lagi macam ni. 

Teringat dulu masa tingkatan 3 aku pernah buat persembahan Silat sempena Hari Belia peringkat kebangsaan. Masa tu zaman PM Mahathir Mohamad. Dia ada datang dan aku tengok dia depan-depan mata buat kali pertama. Perghhh kagum. Putih gila kulit dia. Ahaks!

Lepas tu kitorang terus gerak ke Midvalley tengok wayang citer Pirates of The Carribean. Baru nak tengok sebab gaji baru masuk. Hehehehehe... Tu pun ondaway balik dari Putrajaya nak terus ke Mid bf aku boleh sesat plak dah. Haihhh.. da banyak kali kitorang pergi Putrajaya bleh plak kali ni tak jumpa jalan. Kwang kwang kwang kelakar betul. Last-last kitorang masuk wayang dah terlewat 20 minit. Cerita dah start dah pun. Jack sparrow pun dah kena tangkap ngan pihak istana dan dihadapkan kehadapan Raja diorang yang gemuk tu. Hahahaha!


Ape-ape jelah...

No comments: