Saturday 28 May 2011

FC Bercelona VS Manchester United

::Ohh Yeah!::

Penyokong-penyokong tegar Barca dan MU oitttt!!! Dah ready ker???
Aku tak sabar dah nak tunggu pagi ni. Hehehe...
Bf aku cadang nak tengok kat dataran merdeka nanti ngan colleagues kat opis dier. Hehehe.. aku nak ikut. Nak tengok jugak!!
Dulu masa world cup memang tak pernah miss la tengok. Even kami berdua jer pun jadi gakkk... Syokk! Memang minat gila! 
Hehehe.. Tak sabar dah ni! 

Barca! Barca! Barca!

::Love u David Villa ohh yeah!!::

::Bf aku paling suka Andres Iniesta::
::Lionel Messi jangan dilupa::
Oh yeahhh!! Kita tengok sapa yang kena!

Kasih Yang Suci...

Yeayy... novel Kasih Yang Suci dah selamat sampai kat tangan aku! 



Buat sesapa yang suka tengok drama petang-petang kat TV3 Nora Elena tu haa.. ni lah novel asalnya. Cerita Nora Elena ni diadaptasi dari novel ni la. Aku sejak beberapa tahun ni jer jadi kaki novel. Kebetulan sejak aku ikut menonton Nora Elena dari episod pertama aku terus terpaut lagi nak menonton. Tak nak terlepas satu episod pun.

Buat sape-sape yang teringin nak memiliki novel ni boleh beli terus pada Kak Meen Zulaikha penulis novel ni. Aku pun beli dari Kak Meen. Transfer jer duit ke akaun Kak Meen dan kemudian Kak Meen terus pos. Senang kan. Kalau nk beli online dari MPH pun boleh tapi beli dari Kak Meen boleh dapat autograph! Hehehehe.. Sukeee!!! 

::Dapat autograph.. jangan jeles... :p ::

Sape yang nak memiliki novel ni sila-sila la jenguk ke blog Kak Meen untuk maklumat yang lebih lanjut atau tengok kat sini pun boleh. Kat blog yang ni ada diceritakan cara-cara nk order online. :)


Monday 16 May 2011

Sewaktu Aku Masih Lagi Bodoh...

Tahun 1993
Darjah 1 Kenanga, Sekolah Kebangsaan Changkat Jering, Taiping, Perak.
Puan Nur Izzati Binti Abdullah


::Sekolah rendah aku::


Beliau seorang guru. Cikgu kelas dan cikgu Bahasa Melayu aku semasa darjah satu. Bagi aku dalam banyak-banyak cikgu yang pernah mengajar aku nama beliau jer yang paling aku ingat sebab dialah cikgu yang pertama sekali ajar aku kenal ABC, 123, mengeja dan membaca. 


Yea... pada tahun 1993 kanak-kanak berumur 7 tahun baru mula kenal huruf adalah normal. Tak macam kanak-kanak zaman sekarang yang punyai parents yang moden dan educated. Boleh ajar anak sendiri dekat rumah dan umur 4 tahun dah boleh membaca. Aku tak begitu. Parents aku sibuk cari rezeki. Orang kampung. Belajar pun setakat sekolah rendah jer. Biasalah. Berkat tunjuk ajar Cikgu Izzati aku mudah faham dan tangkap apa yang diajar. Tiap-tiap kali ujian bulanan aku dapat markah yang tinggi. Walaupun dia jarang senyum tapi dia tak garang lansung. Berbanding dengan cikgu-cikgu lain, cikgu lain garang. Suka cubit kat perut. Tak pun ketuk jari aku dengan pembaris.


Raut wajah Cikgu Nur Izzati ada iras-iras macam orang Sabah tak pun Sarawak. Aku agak-agak jer beliau berasal dari sana sebab slang bertutur pun agak lain dari orang Melayu semenanjung. Hari-hari Cikgu pakai baju kurung. Bertocang satu di belakang. Berkacamata empat segi berbingkai hitam. Apa khabar cikgu sekarang yea? Aku teringin nak jumpa. Hampir 13 tahun dah aku tinggalkan sekolah rendah. Sejak masuk sekolah menengah aku dah tak nampak kelibat Cikgu Nur Izzati. Tiba-tiba rasa rindu...


Aku bukan la pelajar favourite ketika di sekolah. Aku dulu pendiam sangat-sangat. Masa mula masuk sekolah aku takut dengan cikgu. Cikgu yang mula-mula masuk ke kelas aku dan mula mengajar Cikgu Izzati ni lah. Beliau mengajar dengan tekun sekali. Walaupun murid-murid nakal dan bising beliau tak pernah tengking atau tinggikan suara. Agak-agaknya macamana rupa cikgu Izzati sekarang? Masih mengajar kat SKCJ lagi ker? Kalau terserempak pun mesti aku dah tak cam cikgu dan cikgu pun pasti dah tak kenal aku. Aku cuma masih ingat rupa paras cikgu yang dulu jer... Rupa cikgu masa muda-muda... Rupa cikgu sekitar tahun 1993 - 1998. Wajah itu jer yang masih kuat kat ingatan aku. Apa-apa pun, Terima Kasih Cikgu!



Tahun 2002-2003
Tingkatan 4 & 5 Sains 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri, Changkat Jering, Taiping, Perak.
Cik Zabidah Arif


::Sekolah menengah aku::

Kelas Lukisan Kejuruteraan jadi idaman aku. Masa tu cita-cita aku nak jadi arkitek tak pun engineer. Aku minat sangat dengan subjek ni. Masa awal tahun 2002 masa aku tingkatan 4 aku tak pulak apply nak masuk sekolah teknik. Kawan-kawan baik aku masa tu ada apply tapi semua tak bagitau aku. Sedih betul. Tapi takpe la sebab kat sekolah aku ni pun ada jugak subjek Lukisan Kejuruteraan. Masih boleh lagi kejar cita-cita. 


Pada awalnya nama aku terpilih untuk masuk kelas Biologi. Pehhh... aku sungguh tak minat lansung ngan Bio. Takde mase la aku nak pagi bedah tikus ngan katak weiii. So aku pegi jumpa dengan cikgu Zabidah aku cakap yang aku minat nak masuk kelas beliau kelas engineering. Memang berharap sangat dapat tukar sebab kelas tu tak ramai yang terpilih dan akhirnya dapat jugak tukar.


Cikgu Zabidah tegas orangnya. Garang sikit tapi aku suka sebab dia sempoi. Apa yang dia ajar semua masuk dalam kepala. Memang best. Tiap-tiap kali exam for sure la subjek yang beliau ajar ni aku pulun. hehehe.. Selalu jugak la aku dapat score markah paling tinggi dalam kelas. Lepas result SPM keluar ternyata aku dapat score A2 untuk Lukisan Kejuruteraan. Tapi yang tak best Add Math ngan Kimia teruk. Hahahaha... Maaf cikgu Kimia. Saya lupa nama cikgu! Cikgu suka cubit perut bila saya tak dapat jawab soalan. (-_-") Sakit tau... Apa-apa pun, Terima kasih Cikgu!


::Ngan kawan-kawan masa Form 5. Kelas 5 Sains 1 tahun 2003. Mana satu aku? Heheh::


Habis sekolah...



Beberapa bulan lepas tu keluar la keputusan permohonan ke universiti. Aku dapat sambung ke peringkat diploma di UiTM Seri Iskandar. Tapi bukan dalam bidang yang aku cita-citakan. Punya la berat hati aku nak pergi. Nak tahu aku dapat course apa? Accounting!!! Perghhhhh... Aku punya la tak tau satu kebenda hapa itu akaun. Aku apply bende lain bende lain yang aku dapat! Nangis gak la sebab tak mau pegi. Tapi parents suh aku pegi jugak so aku pegi la dengan berat hati. Akhirnya aku tamat gak diploma graduate on time tepat-tepat habis 3 tahun. Legaaa... After that, aku further degree pulak. Aku amik Perbankan Islam atau penuhnya Bachelor of Business Administration with honour (Islamic Banking). Pehh.. Bende lain pulak... hahaha! Berjaya graduate ontime jugak. Tahun lepas aku konvo. Sekarang dah kerja. Tapi... aku tak pulak kerja di sektor perbankan. Hahaha! Cita-cita asal aku nak jadi arkitek ataupun engineer tapi sekarang ni dah pusing-pusing jadi lain dah. Rezeki Allah dan tentukan. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah! (Ehh.. aku nak cite pasal cikgu kan tadi.. sori melencong.. :p)


Apa yang aku nak ceritakan kat sini ialah aku begitu menyanjung peranan guru-guru yang pernah ajar aku dulu. Tanpa tunjuk ajar diorang aku tak mungkin sampai ke tahap ni. Mungkin aku stuck kat kampung jer wat keje bodoh-bodoh jer. Tak pun dah kawen dan jadi surirumah. Perghhhh... mintak dijauhkan. Banyak lagi benda yang aku nak kejar. Aku sukakan benda yang lain dari yang lain. Bervariasi. Barula hidup enjoy dan aku taknak menyesal bila dah tua nanti. Haha... 


Aku petik dua nama guru yang paling aku sanjung tu bukan bermakna cikgu-cikgu yang lain aku tak ingat tapi dua insan yang aku sebut tu ada dekat jer kat hati aku selalu. Aku salute diorang. Terima Kasih Cikgu!


Berkat tunjuk ajar kalian, aku dah berjaya sampai ke menara gading. Dah pegang Diploma. Dah pegang Ijazah Sarjana Muda. Pegang Master belum lagi. Pegang sijil nikah pun belum jugak.. (T_T). Terima kasih Cikgu. Jasa kalian aku ingat sampai mati.


SELAMAT HARI GURU


Sunday 15 May 2011

Kentut Berapi...

Hyep! Beberapa hari ni aku agak sibuk. Banyak kerja perlu disettle, banyak majlis perlu dihadiri. Hujung bulan ni pulak banyak kenduri kahwin kawan-kawan. Ada yang nampaknya tak dapat aku hadiri sebab jadual dah pun penuh dengan aktiviti lain. Sekarang ni pulak musim panas melanda KL. Tekak aku dah mula rasa sakit macam nak kene selesema pulak. Hari-hari pergi kerja balik kerja bersesak dengan orang ramai dah tentulah ada yang batuk-batuk ada yang bersin. Haihhh! Aku hangin betul kalau ada orang yang bersin dekat aku. Kalau dah tau tak sihat boleh tak pergi pakai mask tu. Bukan mahal pun beli jer kat Watson ker Guardian ker. Murah jer tak sampai RM2.00 pun ade la. Okla dah lari tajuk pulak. Hari ni doktor Cida nak cerita tentang kentut. Hari-hari kita kentut dan kita tak tahu macamana proses kentut berlaku kan. Nak tau ker taknak? Nakk? Sila bace! Aku share artikel ni kat sini.

::Kentut berapi... Perghhh!!::


Kerap Kentut


Pakar Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan.

Bagaimanapun, kentut yang berbau dan 'dilepaskan' dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil, berapa lama kentut itu 'disimpan' dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.

Definisi Kentut

Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.

Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika 'terlepaskannya' di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan.


Komponen

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah 5 gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen.

Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang.

Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon

Penghasilan Gas

Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet anda dan bagaimana saluran gastro usus anda berfungsi.

Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu.

Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut.

Sumber Gas

Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada 2 sumber :

a) Udara yang anda telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok)

b) Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus

Komposisi

Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen.

Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut.

Makanan Berangin

Sesuatu yang anda perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain.

Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi 'berangin' kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseorang itu kerap kentut.

Info : Makanan Penyebab Kentut

* Kacang
* Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus
* Buah-buahan seperti pear, epal dan pic
* Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan
* Produk tenusu seperti keju, ais krim, bijirin

Sumber : oleh Hafizah Iszahanid, Berita Harian


Saturday 7 May 2011

Tentang Sesuatu...

Kau dan aku.
Kita berkongsi tarikh lahir yang sama.
Berbeza tahun berbeza status.
Aku berjiwa moden kau lebih konservatif.
Kita tak pernah sependapat, tak sebulu malah selalu berbalah.
Kau menyakiti aku dan aku menyakitimu.
Maafkan aku kerana kita tak pernah berkongsi memori indah bersama.
Selama 18 tahun hari-hari kita berjumpa.
Jangkamasa yang agak lama tapi tak pernah kita cuba untuk memahami satu sama lain.
Jangankan hendak berpeluk, Salam pun tak pernah. Time raya jer mungkin la..
Selepas itu kita mula berjauhan.
Aku pergi mencari ilmu di perantauan.
Tiada lagi perbalahan tiada lagi sakit hati. 
Tapi jiwa kita jadi semakin jauh... jauh...

Sekarang... 
Diusia 25 tahun ni mungkin aku dah sedikit matang.
Kau pun dah semakin berusia.
Kita dah tak seperti dulu kan.
Masing-masing dah mula beralah.
Dah jarang berbalah.
Tapi jurang itu masih ada dalam hati.
Kosong.

Aku di sini. Kau di sana.
Aku sedikit kesal. Mengapa kita tak pernah rapat. 
Kenapa hubungan kita tak macam orang lain.
Tapi tak mengapa. Aku dah cuba memahami.
Semua ada hikmahnya...
Aku tahu kau sayangkan aku.
Aku juga sayangkan kau.
Terima kasih Mak kerana melahirkan dan membesarkan aku.
Selamat Hari Ibu.

...........................................................................
Buat sang kekasih hati, dia yang jadi kekuatan aku disini. Dia juga yang selalu ingatkan aku tentang mak. Dia jugak yang selalu nasihatkan aku supaya mintak maaf dekat mak. Bila aku mengadu kerana berselisih faham ngan mak dia jugak yang marahkan aku balik. Dia cakap aku bertuah sebab masih ada mak sedangkan dia dah lama tak merasa kasih sayang seorang ibu. Ibunya meninggal masa dia masih sekolah dulu lagi... Takpe la sayang, mak i kan boleh jadi mak u jugak... :p


SELAMAT HARI IBU BUAT MY MOM, MY SIS, MY SIS IN LAW DAN SEMUA IBU-IBU DISELURUH DUNIA!! (Dalam jiwa aku, aku pun ibu jugak ibu pada semua teddy bear teddy bear aku! Hak hak hak.. Lepas ni nak bela kucing, jadi mummy pada kucing tu pulak. hak hak hak (T_T) Gilaaa...)

Sekadar coretan,

Thursday 5 May 2011

Bila Kejakunan Menguasai Diri...

Hyep! Buat per tu? Jangan curi tulang bace belog orang beb.. Tu.. tu aku nampak bos kau tengah tenung kau dari belakang.. Eheh.. aku takpe.. keje aku dah siap baru update belog...

Selasa lepas aku baru pegi ambik passport kat Jabatan Imigresen Damansara. Time lunch hour sejam jer. Jenuh jugak la bf aku memecut dari office die kat Damansara Height tu datang amik aku kat office aku di KL Sentral ni. Balik pun dihantarnya jugak. Hehehehehe... Sesekali mengada ape salahnya. Ngeee... Well, salah dia jugak la. Sepatutnya Jumaat lepas pegi buat passport boleh siap dalam sejam lebih jer kan. Sapa suruh dier lambat. Imigresen dah nak tutup baru kitorang sampai. Die la yang lambat amik aku kat rumah. (T_T")


Aku nak puji jugak lah. Jabatan Imigresen kat Damansara ni cepat betul wat keje. Masa pergi buat hari Jumaat last week, lepas amik no giliran kejap jer aku tunggu. Tak sempat nak berasap ponggong. Lepas no giliran aku dipanggil, aku hantar borang dan amik cap jari. Then duduk jap pastu pergi bayar (sempat gelak terbahak-bahak kat kaunter tu sebab staff tu kata muka aku macam pelakon. Ok.. perasan jap. Ngeee). Tak sampai 15 minit kot. Bagus la sebab diorang memang efisien. Kaunter pun banyak giler. Muahahah.. Mula-mula sampai aku dah jakun dah. Banyak gila kaunter kat situ. Ada 35 kaunter untuk buat passport. Pehhh.. Jakun tahap maksima. Nak amik no giliran lak kat kaunter no. 1 paling hujung sekali. Penat saye nak jalan tahu! Hahahaha... Lepas dah setel semua memang kitorang terus balik jer la sebab memang tak sempat siap dah kalau tunggu pun. Dah pukul 4.45 ptg dah. Diorang pun dah nak balik. Sapa suruh datang lambat kan! So hari selasa aku pergi amik time lunch hour. Lepas amik no giliran. Duduk tak sampai 5 minit no dah kena panggil. Weee.. dah dapat passport aku.

Tiap-tiap hari lepas balik kerja aku belek passport aku. Tak tau ah kenapa. Jakun gila. Biasa la tak pernah keluar dari Malaysia tercinta neh. Ahahaha... 

Ni ha kat bawah ni aku copy passport aku...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Muahahaha.. kene tipu! Keji gila! bila masa pulak aku bertukar jadi Paris Hilton ni. Aku malas nk scan passport aku. Nanti rosak! (chehhh!) tapi gambar ukuran passport aku ada la.

::Gambar dekat passport macam makcik!::
Ohh maaf sebab buat korang muntah. Gambar dekat passport kurang cun sebab pergi tangkap lepas balik dari kenduri kawen orang. Siap berbaju kurung dan muka belemoih dan rambut mengerbang. Hahahaha... Apa ku peduli! Asalkan passport aku siap!

Hahaha! Balik karang nak belek-belek lagi. Jakunnn...

P/s: Ohh.. aku dah remove cbox/shoutbox sebab rasa tak berapa suka la nak letak. Hehehe.. takde pun takpe kannn...

Wednesday 4 May 2011

My Bff Iena 's Engagement Day

Aku ada empat BFF. Sahabat aku yang rapat sejak dari zaman hingusan sampailah sekarang ni masing-masing dah berumur 25 tahun. Kami berkongsi macam-macam cerita, macam-macam rahsia, macam-macam cerita, putus cinta, happy, sedih, kecewa dan macam-macam lagi lah. 

Sekarang ni salah sorang sudah dipinang orang dan sabtu lepas dah berlansung majlis pertunangan bff aku yang sorang ni. Tinggal la kami lagi tiga orang yang single belum dipinang. Wuwuwuwuwu... Sedih ada, happy pun ada. Macam-macam rasa ada. Almaklum la kawan sorang dah bertukar status. Lepas ni dah tak boleh meronggeng-ronggeng sesama kite berempat ajer yer. Kene le bawak yang lagi sorang tu yer. Hikhikhik...

::Bff aku Iena yang dah bergelar tunangan orang.
Bulan depan tukar status bini orang pulak... Cepatnye rasa!::

Aku doakan yang terbaik untuk bestfren aku yang sorang ni. Huhu... Jom layan gambar yang sempat di snap sepanjang majlis.

::Single ladies yang hadir dua orang jer. Huda tak balik sebab exam. Cian dier! isk isk::

Bakal tunangan Encek Nik Hafidz berposing sebelum rombongan sampai... huhuhu

::Chomel kau lepas mekap! hihihi::

::Posing lagi::

::Posing ngan aku pulak::

::Candid moment!::


::Dayang-dayang::

::Pengapit sewel::

::Candid lagi...::
Masa yang ditunggu-tunggu... selepas berbincang sesama keluarga. Bakal ibu mertua menyarungkan cincin risik dan tunang.

::Iena... mak mertua mu cantik lah! ::
 Kawan aku dah rasmi jadi tunang orang.. Sob Sob Sob... nangis... bile lak turn aku ek?



Bila dah selesai semua time untuk bergambar!!!

::Wif encek tunang::

::Pelamin yang cantik sekali!::

::Tak cukup korum.. lagi sorang xder..::




::Ni aku tak tau apa dah jadi ngan tunang dia. Hahaha::
Sementara tunggu nak makan. Kita posing duluuuu!!!

::Aku buat-buat chomell.. jangan muntah!::




Hehehe... Buat Iena sahabatku & tunang Nik Hafidz... all the best for both of you. Semoga sentiasa happy sampai anak cucu. Love ya!!!!

Sunday 1 May 2011

Babysitting Dhia Adelia

Hyep... aku kat kampung lagi ni. Bercuti. Tapi hari ni duduk rumah jer. Dari tadi hujan lebat. Biasalah Taiping kan bandar hujan paling kerap di Malaysia ni. Hari ni memang relax jer la. Makan, tido, online, tido balik hehehe... Kalau cuti lama-lama kat kampung mesti aku gemuk punye la. Bf aku dah pesan siap-siap gemuk takpe jangan perut boroi udah... Buwokk... Muahahaha...


Petang tadi sempat la babysit my niece Adelia jap sementara mak aku mandi dan solat. Dulu Adelia ni lansung taknak kat orang. Nampak muka aku jer nangis macam nampak hantu. Sekarang ni jer baru nak. Aku sampai-sampai jer hari jumaat malam yang lepas mata dia terus segar bulat jer tengok aku datang dekat aku padahal mak aku cakap sebelum tu mata dia dah kuyu nak tidur dah. Aku nak masuk bilik pun nak ikut. Hehehehe... 


Abah ngan mama Adelia pegi jalan-jalan kat Ostrolia (cara mak aku sebut.. muahahaha) So Adelia ni kan kecik lagi kene la tinggal kat rumah opah ngan ayah! Cian die kene tinggal yerr... Abah Adelia jangan lupe bawak balik Kanggaru sekor sok kita wat sate kanggaru! muahaha...



Aku dukung bawak masuk dalam bilik aku. Berkubang la atas katil aku jap. Ni teddy bear aku pun lagi besar dari budak kecik ni. Fesyen rambut die jangan tanye yer. Mak aku kata panjang sangat. Mak potong sendiri. Kah kah kah.. Fesyen kembang semangkuk ni. 





Acu letak kat blog ni. Adelia dah besar sok tengok ler gambar-gambar masa kecik kat sini sambil ketawa kukik-kukik ngan fesyen rambut yang dipotong khas oleh opah yer. hihihihi! 


Okeh tu jer... Nak kena tengok die sat. Mak nak pi tutup reban ayam. Dah maghrib ni.