Wednesday 26 January 2011

Jakunnyer Tengok Dinosour!!!

Korang pernah tak dating sambil menambah ilmu pengetahuan? Ala-ala lawatan sambil belajar la.. hakhak... Tapi ni dating. Haaa... ini la yang slalu me & my bf suke buat... hahaha! Pelik ker? Aku suke ajak dia pegi muzium la, pameran la, macam-macam lagi la... hehehe.. mesti korang kate bosannyer couple nih! ehhe... bukan aper, mase kecik2 dulu x berpeluang nak pergi jalan-jalan macam ni sebab tak ada orang nak bawa. Dah besar panjang macam sekarang ni dan dah pegang duit sendiri baru la merasa.. kalah budak-budak! hakhak...

 Aku tak berapa sure dari mana dapat info pasal Pameran Dino's Alive ni. Rasanya dari suratkhabar kot. Dari tahun lepas lagi teringin nak datang tengok sendiri... Info tu kate fossil yang ada dalam pameran tu adalah yang original.. huuuuu.. teringin nak tengok saiz dinosour yang sebenar.  Excited gile aku cam budak skolah! 1st time aku dapat tahu pasal dinosour ialah masa aku tadika kot.. x berapa ingat sangat dah... My dad bawa aku gi tengok wayang cerita Jurrasic Park... Huhuhu punya la suka... tapi tengok separuh jalan jer... lg separuh wayang aku dah tertido atas riba abah.. hikhik.. kenangan tu... 1st time tengok wayang abah bawak. Naik motor dua beranak jer. Masa tu ada satu jer panggung wayang kat Taiping. Tak macam sekarang... sekarang ni Taiping dah maju... huuuu...

::Haa.. ini la poster yang aku tengok tu sehingga menimbul keinginan dan membuakkan rasa kebudak-budakan aku.. muahahahaha! Dino's Alive!::
Ohh yeah.. seronok la jugak masuk Pusat Sains Negara ni. Huhu.. Tiba-tiba teringat pulak lawatan ke KL yang sekolah anjurkan masa darjah lima dulu. Antara tempat yang dilawat ialah Pusat sains Negara nilah... tapi abah tak bagi aku ikut... sedih jer tengok kawan-kawan dapat pegi.. sob.. sob... umur dh 25 thn baru aku sampai ke sini.. uhukk... Ok lah... Pameran Dino's Alive ni berlansung selama 5 bulan bermula dari 1 December 2010 sehingga 31 May 2011. Sempat lagi ni kalo korang nak pergi. Boleh bawak anak-anak, adik-adik, sedara mara.. ehehehehe... nak dating kt sini macam kitorang pun boleh...Kalo nak tahu lebih lanjut pasal Dino's Alive ni korang boleh kelik2 kt website Pusat Sains Negara ni Ok! :)

Baiklah! Mari layan gambar-gambar yang sempat di snap...

::uhh.. gelap la pulak x pakai flash... saja nak tunjuk.. ala-ala witch kat situ...::

::santek background! colourfull::

::ni masa nk naik kt pameran dino kt level 2. Dino kt luar ni leh gerak2 tapi x boleh nyanyi2 macam dino kt dalam Petrosains tu! huhuhu::


::nak cucuk hidung die!::


::Budak kt belakang aku tu beria-ria jerit kata jgn sentuh! jgn sentuh! jauh2! aaahhh..::






::Tulang2 amik buat sup.. errr::

::Dino yang ini sangat huduh1 hikhik::

::Yang mana satu ekornya, yang mana satu kepalanya?::


::Dino gigi rongak!::


::IGUANADON... nenek moyang iguana kot?::

Dah abis tengok dinosour, keluar main game-game kt luar tu pulak... uhuhu.. tapi banyak tempat pameran yang ditutup kerana sedang diselenggara.


Owh.. aku ada rakam satu video band haiwan-haiwan kt pusat sains tu tengah main muzik... malangnya memory card sudah corrupted! huwaaaa... kenapelah aku transfer gambar jer hari tu tapi tak transfer video! :'(

Oklah... itu saje... Lawatan sambil belajar seterusnya kat mana pulak yek??